Gaya hidup masa kini membuatkan ramai di antara kita lupa akan nilai, tertib serta santun yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Arus perubahan modenisasi juga tidak seharusnya melunturkan nilai santun tertib kita sebagai orang Timur terutama orang Melayu. Atas apa jua alasan, tertib sebagai orang Melayu haruslah dikekalkan. Ramai di kalangan kita terutama generasi muda sudah tidak mengamalkan nilai etiket yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu. Generasi muda hanyut dibuai arus perubahan moden. Ibubapa pula tidak mengajar anak anak mereka nilai etika yang sepatutnya di mana akhirnya berlaku keruntuhan akhlak dan sebagainya.
Persoalan tertib kah kita walaupun dunia berubah ke arah zaman teknologi dan modenisasi??
Monday, May 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
kita kenalah berakhlak mulia kan..sepanjang masa..
Akhlak yang mulia datang dari proses pembelajaran sewaktu kita membesar. Ianya samada diwarisi, dipelajari atau dipengaruhi oleh gaya hidup. Yang menjadi persoalan, akhlak kian runtuh akibat tiada proses pengajaran yang sempurna. Didikan mengenai akhlak patut bermula dari rumah sewaktu usia muda. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" kerana apabila sudah menjadi buluh, maka akan payahlah untuk dilenturkan. Saya kira, etiket patut dipelajari di dalam dunia moden sekarang ini. Generasi muda harus diberi pengetahuan mengenai etiket sosial supaya dapat membawa akhlak mulia.
Post a Comment